Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi (kanan) menunjukkan carta jumlah jangkitan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sehingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di George Town hari ini. Foto: TVS

Pulau Pinang catat 5,335 kes HFMD

GEORGE TOWN, 14 Sept: Negeri ini mencatakan sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh sejak Januari hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, angka itu menunjukkan penurunan kira-kira 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu yang merekodkan 6,267 kes.

Katanya, perkembangan itu bagaimanapun tidak membabitkan penutupan sekolah dan pusat jagaan.

“Majoriti kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak enam tahun ke bawah iaitu 4,298 kes atau 80.6 peratus, kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun sebanyak 803 kes (15 peratus) dan melebihi umur 12 tahun sebanyak 234 kes (4.4 peratus).

“Meskipun banyak kes HFMD dilaporkan, namun tiada kematian dicatatkan termasuk kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU),” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Sementara itu, Daniel Gooi berkata, 95.7 peratus kes HFMD dilaporkan berlaku di institusi-insitusi pendidikan dan pusat jagaan membabitkan kalangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah di negeri ini.

“Sebanyak 50 tadika direkodkan berlaku jangkitan HFMD, diikuti taska (33 kes), pra-sekolah (11 kes), tabika (11 kes), sekolah rendah (12 kes) dan pusat jagaan persendirian (empat kes),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan