Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Datuk Seri Fadillah Yusof pada Kembara Kenali Borneo di Telok Melano, Sematan. Foto: TVS

Kembara Kenali Borneo batu loncatan jayakan agenda pembangunan Sarawak, Sabah

ByConnie Grace

KUCHING, 14 Sept: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Kembara Kenali Borneo merupakan batu loncatan untuk menjayakan agenda pembangunan di Sarawak dan Sabah bagi memastikan penambahbaikan beberapa aspek penting.

Menurutnya, Kembara Kenali Borneo mampu memperbaiki mutu kehidupan rakyat di Sabah dan Sarawak dari segi ekonomi, pendidikan dan pembangunan infrastruktur misalnya melibatkan jalan raya dan pengangkutan darat.

KKB jadi anjakan agenda pembangunan di Sarawak, Sabah | TVS

“Bersama-sama kita melaksanakan penilaian dan tindakan untuk memperbaiki mutu kehidupana rakyat di Sabah dan Sarawak, agar kemajuan juga dapat dicapai oleh negeri-negeri Borneo sehingga setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Kembara Kenali Borneo berkata program berkenaan menyentuh hati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah apabila rakyat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak sanggup menunggu dari pagi sehingga ke tengah malam di tepi jalan sepanjang laluan.

“Keadaan sebegini juga menyebabkan Raja Permaisuri Agong beberapa kali menitiskan airmata terharu dan Yang di-Pertuan Agong dalam setiap titah pada majlis santapan malam sepanjang kembara, menzahirkan rasa terharu dan terima kasih baginda susulan sambutan luar biasa rakyat,” katanya.

Menurutnya, kembara ini pasti akan meninggalkan kesan di hati rakyat kerana Agong dan Raja Permaisuri mendekati serta menyantuni rakyat jelata dengan penuh sederhana, tanpa sebarang protokol, berjiwa besar dan berjiwa rakyat, sekali gus turut menyelami kesusahan dan keperluan rakyat terutama di luar bandar.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak, Kerajaan Sabah dan semua rakyat Sarawak dan Sabah yang memberi sokongan padu dan penuh bersemangat dalam menjayakan Kembara Kenali Borneo.

Kembara selama 11 hari itu melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan