Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Permohonan program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) hanya akan dipertimbangkan kepada mereka yang cinta dan ingin berbakti kepada Sarawak, kata Dato Sri Dr. Sim Kui Hian. Foto Envato.

Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku hanya untuk mereka yang cintakan Sarawak

KUCHING, 13 Sept: Permohonan program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) hanya akan dipertimbangkan kepada mereka yang cinta dan ingin berbakti kepada Sarawak, kata Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, oleh itu kerajaan negeri tidak berhasrat untuk membuka peluang mudah kepada warga asing atau bukan rakyat Sarawak untuk menetap di sini.

Kata beliau walaupun ketika ini warga asing yang berkahwin dan menetap di Sarawak boleh memohon program itu, beberapa tapisan ketat akan dibuat bagi memastikan pemohon memenuhi syarat ditetapkan.

“Tapisan ini bagi melindungi keistimewaan yang diberikan kepada rakyat Sarawak menjelang Sarawak Maju 2030.

“Pada 2030 nanti, anak-anak Sarawak berpeluang mendapat pendidikan percuma (malah) tahun hadapan kita akan menyediakan beberapa khidmat rundingan kesihatan secara percuma, (oleh itu) kita tidak mahu ada orang (luar) mengaku mereka rakyat Sarawak secara tiba-tiba disebabkan keistimewaan (yang Kerajaan Sarawak sediakan untuk rakyatnya),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Replika Cek kutipan dana berjumlah RM 1.95 juta dari Rotary Club Urban Kuching (RCUK) dan Latter-day Saint Charities (LDSC) kepada wakil Hospital Umum Kuching (HUS) dan Hospital Sentosa Kuching (HSK) pagi tadi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, kerajaan mahu mereka yang berada di Sarawak bukan kerana keistimewaan itu sebaliknya ingin menyumbang kepada wilayah ini.

Pada bulan lepas, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program S-MM2H telah menjalani penambahbaikan prosedur permohonan.

Antaranya membenarkan warga asing berkerja dalam beberapa kategori terpilih termasuk sebagai pensyarah sambilan atau menjadi rakan kongsi minoriti dalam syarikat yang ditubuhkan di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan