Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar Seri Paduka bersama anakanda baginda bersantap nasi bungkus di tepi Lebuhraya Pan Borneo semalam tular. Foto Istana Negara.

Peniaga di Sarikei tidak sangka nasi gulai diberi kepada Agong tular

SARIKEI, 13 Sept: Seorang peniaga, Muhammad Hamidi Fikri Amran tidak menyangka nasi gulai yang diserahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam tular di laman sosial.

Peniaga berusia 31 tahun itu memberitahu, hari ini jualan di gerainya di Jalan Nanas Sarikei laris apabila diserbu pelanggan.

Demi tandatangan Agong, rela memandu dari Simunjan ke Telok Melano

Cerita Muhammad Hamidi Fikri, semalam dia ditemani rakannya membuka booth jualan di Jakar yang menjadi laluan konvoi Seri Paduka ke Kuching dan orang ramai berkumpul di situ.

“Pada mulanya, saya tidak berniat untuk memberi nasi kepada Tuanku namun rakan cadangkan supaya mencuba nasib menyerahkan nasi bungkus.

“Tidak sangka baginda meminta beberapa bungkus nasi lagi,” katanya kepada media di sini hari ini.

Penjual nasi gulai, Muhammad Hamidi Fikri Amran (kanan), 31 dan rakannya Mohd Aziz Ahmad (kiri), 25 berniaga di Jalan Nanas Sarikei. Foto: TVS

Semalam video dan foto Al- Sultan Abdullah bersama anakanda baginda bersantap nasi bungkus itu ketika berhenti di tepi Lebuhraya Pan Borneo tular di sosial media.

Tambah Muhammad Hamidi, kesudian rombongan diraja menikmati juadahnya adalah di luar dugaan.

Demi tandatangan Agong, rela memandu dari Simunjan ke Telok Melano

“Saya berasa amat terharu dan gembira kerana Seri Paduka dan putera baginda mencemar duli menikmati juadah tersebut di tepi jalan sehingga tular, saya ingatkan Tuanku akan beri nasi itu kepada pengawalnya,” katanya.

Sementara itu, rakannya Mohd Aziz Ahmad, 25, berkata, peluang menghadiahkan nasi gulai dan menatap wajah Seri Paduka secara dekat merupakan pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan.

“Daulat Tuanku, junjung kasih kerana sudi ambil nasi yang kami berikan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan