Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara wanita di sini berputih mata apabila wang miliknya lebih RM760,000 lesap selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan ‘phone scam’ kelmarin. Foto hiasan,Envato.

Panik dimarahi, wanita ‘serah’ RM600,000 kepada ‘scammer’

SIBU, 13 Sept: Seorang wanita di sini kerugian RM600,000 apabila diperdaya ‘scammer’.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Sapri berkata penjawat awam berusia, 40-an itu mendakwa ditipu sejumlah itu sebelum membuat laporan polis semalam (12 Sept).

“Awal Ogos lalu, wanita itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil Pos Malaysia di Perak. Suspek memberitahu dia menghantar bungkusan yang mengandungi beberapa kad pengenalan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Apabila wanita itu menafikannya, talian itu disambungkan kepada seorang individu kononnya dari Balai Polis Perak yang memarahinya kerana tidak memberi bekerjasama dengan mereka.

“Selepas itu mangsa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang lagi suspek yang memaklumkan dia terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Mangsa yang panik hanya mengikut segala arahan suspek dan juga dinasihatkan supaya tidak mendedahkan apa-apa berkaitan kes itu kepada sesiapa,” katanya.

Pada awal Ogos lalu, mangsa memindahkan RM20,000 ke dua akaun yang kononnya untuk pengauditan ‘Bank Negara’.

Tidak lama selepas itu dia diminta untuk mendepositkan lebih banyak wang.

“Dia mengeluarkan wang simpanannya dan juga mendapatkan pinjaman bank, keseluruhannya berjumlah RM580,000. Wang itu dipindahkan ke lima akaun bank berbeza,” katanya.

Wanita itu menyedari bahawa dia telah ditipu apabila suspek tidak dapat dihubungi lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan