Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengamal media tiba di Panabalan sebelum meneruskan pendakaian ke puncak Gunung Kinabalu. Foto: TVS

Hujan berterusan, cuaca sejuk tidak patahkan semangat, misi KDJA tawan Kinabalu berjaya

BySafri Ali

KOTA KINABALU, 13 Sept: Misi kumpulan Persatuan Penulis Bahagian Kuching (KDJA) menawan puncak Gunung Kinabalu sempena Hari Malaysia yang disambut 16 September ini berjaya walaupun terjejas akibat hujan lebat berterusan dan cuaca sejuk semalam.

Presiden Persatuan Penulis Bahagian Kuching (KDJA), Ronny Teo berkata, pendakaian Gunung Kinabalu berketinggian 4,095.2 meter, puncak tertinggi di Asia Tenggara itu sememangnya amat mencabar dari segi mental dan fizikal.

Presiden Persatuan Penulis Bahagian Kuching (KDJA), Ronny Teo. Foto: TVS

“Ekspedisi kali ini disertai 15 pengamal media dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Borneo Post, Suara Sarawak, Utusan Borneo, Astro Awani, Dayak Daily, Utusan Sarawak, RTM, TVS dan dua pegawai bomba sebagai pengiring.

“Kita mungkin akan meneruskan program yang sama pada masa akan datang. Bagaimanapun, kita terbuka untuk melihat pilihan lain yang ada.

“Ini kerana kita cuba mendedahkan media dengan sesuatu aktiviti yang tidak pernah dilakukan dan lasak,” katanya hari ini.

Pendakian bermula pada Isnin di Pondok Timpohon menuju ke Panalaban sebelum bermalam di Laban Rata seterus menuju ke puncak Gunung Kinabalu.

Ronny berkata, setiap tahun KDJA yang mempunyai seramai 200 ahli yang terdiri daripada pengamal media cetak dan elektronik di Bahagian Kuching mengalukan pengamal media menyertai program ini.

Wartawan TVS, Douglas Elliot antara yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Foto: TVS

“Setiap tahun kita mencari pengamal media yang tidak pernah naik ke Gunung Kinabalu, mereka yang baharu dalam media atau mereka yang tidak mendaki sehingga ke peringkat ini,” katanya.

Katanya, KDJA menganjurkan program itu sebagai menyahut cabaran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menguatkan lagi mental dan fizikal dalam kalangan pengamal media.

Selain mendaki Gunung Kinabalu aktiviti lain yang turut diadakan kepada ahli KDJA sebelum ini ialah seminar dan penyesuaian media di Pontianak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan