Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian penduduk Sarikei yang sabar menunggu di tepi jalan Lebuhraya Pan Borneo di sekitar Sarikei yang dilalui Kembara Kenali Borneo, hari ini. Foto: TVS

Penduduk Sarikei tidak mahu ketinggalan, tunggu Agong tepi jalan sejak 7 pagi

SARIKEI, 12 Sept: Sanggup menunggu sejak 7 pagi demi ingin bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Rakyat jelata rela menunggu di tepi jalan Lebuhraya Pan Borneo di sekitar Sarikei untuk menatap lebih dekat wajah baginda berdua yang kini sedang dalam program Kembara Kenali Borneo.

Seorang penduduk, Hashim Asmat, 45, berkata, dia sudah lama menantikan saat untuk bertemu dengan Seri Paduka Baginda buat pertama kali.

“Saya sedar untuk berjumpa dengan Agong bukan mudah apatah lagi ramai yang menunggu peluang yang sama. Saya sekadar mencuba nasib. Manalah tahu rezeki saya dapat menyapa tuanku,” katanya kepada TVS.

Dalam pada itu, Elizabeth Selga, 34, berkata, turut menzahirkan rasa gembira berpeluang menyambut kehadiran Seri Paduka Baginda.

Menurutnya, ia merupakan satu peluang keemasan yang tidak sepatutnya dilepaskan.

“Ramai yang datang dan saya gembira menjadi sebahagian daripada mereka. Terima kasih Tuanku kerana sudi datang ke tempat kami.

“Saya mendoakan perjalanan Seri Paduka Baginda dan rombongan ke destinasi yang seterusnya dipermudahkan,” katanya.

Agong dan Permaisuri akan meneruskan perjalanan ke Kuching, melibatkan perjalanan sejauh 398 kilometer dari Sibu.

Sebahagian penduduk Sarikei yang sabar menunggu kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan rombongan. Foto: TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan