Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Objek menyerupai sebutir bom tangan ditemui di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di Butterworth hari ini. Foto: TVS

Pekerja jumpa bom berkarat di tapak pengurusan sampah

BUTTERWORTH, 11 Sept: Seorang pekerja terkejut apabila menemui objek menyerupai bom tangan di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, pekerja terbabit dikatakan menemui objek berkenaan ketika melakukan kerja di tapak sampah tersebut kira-kira pukul 1.30 petang.

Objek menyerupai sebutir bom tangan ditemui di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di Butterworth hari ini. Foto: TVS

“Objek disyaki bom tangan itu telah dijumpai dalam keadaan berkarat dan lengkap sifatnya.

“Pihak Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang telah hadir membuat pemeriksaan keselamatan dan proses pemusnahan dibuat di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, siasatan polis mendapati tempat kejadian merupakan kawasan berbukit dan berpagar selain siasatan lanjut lain sedang dijalankan. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found