Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-80. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Isu pentadbiran tanah Sarawak diusulkan ke Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-80

ByAmirah Shawel

KUCHING, 12 Sept: Sarawak mengutarakan beberapa isu berkaitan pentadbiran tanah di wilayah ini pada Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-80 di Putrajaya hari ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antara perkara yang dibincangkan bersama pengerusi mesyuarat iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuklah pendaftaran surat cara tanah negeri dan kejayaan Land and Survey Information System (LASIS) di Sarawak.

Isu tanah Sarawak diusul ke Mesyuarat Majlis Tanah Negara | TVS

“Bagi Sarawak, pendaftaran surat cara tanah Sarawak telah mencapai ‘One Day Registration’ sejak 2009.

“Kejayaan sistem LASIS oleh Jabatan Tanah dan Survey juga telah berupaya membawa pejabat tanah ke setiap rumah secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di Putrajaya hari ini.

Awang Tengah turut memaklumkan, Jabatan Tanah dan Survey juga telah memperkenal perkhidmatan ‘Same Day Registration’ sebagai pemudah cara dalam memberi perkhidmatan berkaitan kepada rakyat.

Beliau diringi Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak, Datu Sr Zaidi Mahdi pada mesyuarat berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan