Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
HSBC Malaysia melancarkan Dana Ekonomi Baharu HSBC bernilai RM500 juta untuk membolehkan perniagaan baharu yang berkembang pesat di seluruh Malaysia. Foto Reuters.

HSBC Malaysia lancar dana ekonomi baharu bernilai RM500 juta

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Sept: HSBC Malaysia telah melancarkan Dana Ekonomi Baharu HSBC bernilai RM500 juta untuk membolehkan perniagaan ekonomi baharu yang berkembang pesat di seluruh Malaysia mengakses pembiayaan untuk berkembang.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata dana itu akan menyokong pemberian pinjaman kepada perniagaan yang diterajui teknologi dan syarikat pemula niaga baharu pada tahap tertentu untuk memanfaatkan peluang dalam ekonomi digital Malaysia yang semakin berkembang.

HSBC akan terus menawarkan penyelesaian modal kerja, pengurusan perbendaharaan dan pembayaran serta pengurusan tunai untuk memenuhi keperluan perniagaan tersebut pada peringkat berbeza dalam kitaran hayat mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia Datuk Omar Siddiq berkata: “Malaysia meletakkan dirinya di barisan hadapan ekosistem pemula niaga Asean yang berkembang pesat dengan penekanan untuk membangunkan negara sebagai hab untuk perniagaan berprestasi tinggi di rantau ini.

“Kami positif terhadap ekonomi baharu di Asia Selatan dan Tenggara dan sebagai satu kumpulan, HSBC meningkatkan sokongan kami untuk pemain ekonomi baharu. Kami telah melabur AS$2 bilion secara global ke dalam perbankan komersial untuk meningkatkan keupayaan digital kami dan untuk membangunkan lebih banyak penyelesaian untuk menyokong pelanggan kami,” katanya.

Pembangunan ekosistem pemula niaga Malaysia adalah salah satu objektif jangka panjang negara.

Pelbagai inisiatif kerajaan di bawah rangka kerja MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030, menggariskan komitmen kerajaan untuk meningkatkan pembangunan syarikat baharu dan menjadikan Malaysia sebuah negara digital.

Ia termasuk menyediakan pembiayaan, geran pendigitalan dan mempunyai program pembinaan kapasiti untuk memartabatkan syarikat baharu Malaysia di peringkat global, kata HSBC.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan

No data was found