Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak akan mempelajari kaedah pengurusan populasi buaya daripada Kerajaan Australia.Foto fail, Saibi Gi (TVS).

Banjir: Lebih 70 ekor buaya terlepas di China

ByBernama

SHENZHE (China), 12 Sept: Lebih 70 ekor buaya melarikan diri dari sebuah ladang buaya di selatan China selepas banjir teruk, lapor pihak berkuasa.

Reptilia itu terlepas dari bandar Maoming selepas hujan lebat turun di wilayah itu selama beberapa hari, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik portal berita China The Paper dan laporan lain pada Selasa yang merujuk pihak berkuasa tempatan.

Insiden berlaku selepas sebuah tasik berhampiran ladang buaya itu melimpahi tebingnya, membolehkan haiwan itu terlepas.

Sekurang-kurangnya 69 ekor buaya dewasa dan enam yang lebih muda dipelihara di ladang itu.

Menurut akhbar Beijing News, pasukan kecemasan dihantar untuk mengesan reptilia yang terlepas dengan bantuan peralatan sonar.

Bagaimanapun, banjir yang meluas menyukarkan pencarian, justeru pihak berkuasa meminta penduduk tinggal di rumah masing-masing.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan