Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APM Limbang melakukan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir di daerah ini. Foto: APM Limbang

Paras air sungai di Stesen Ukong Limbang pada tahap amaran

LIMBANG, 11 Sept: Paras air sungai di Stesen Ukong Limbang di sini didapati berada pada tahap amaran pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, ia berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh laman web iHydro.

Sementara itu laman web publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air di Stesen Ukong Limbang mencecah bacaan 6.1 meter pada 10.15 pagi.

Sehubungan itu, Mirwan menasihati penduduk sekitar supaya sentiasa peka dan berpindah jika keadaan memerlukan.

“Hasil pemantauan APM Daerah Limbang di beberapa kawasan pagi ini, kami mendapati keadaan masih terkawal dan tiada pusat pemindahan banjir yang dibuka,” katanya.

Antara kawasan berisiko banjir yang dipantau termasuk Jalan Medamit, Jeti Kampung Ukong dan Kampung Tanjung.

Pemantauan pada 11.45 pagi itu disertai empat anggota yang diketuai Lan Koperal (PA) Mohd. Zulhailmy Rosni.

Paras amaran bermaksud aras air sungai menghampiri banjir dan penduduk perlu bersedia untuk berpindah jika menerima arahan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan