Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli sains yang terdiri daripada pakar serangga antarabangsa menggesa supaya lebih banyak kajian mengenai hidupan itu dilakukan untuk kepentingan biodiversiti. Foto Evanto.

Pakar dunia berkumpul di Kuching, gesa giat kajian serangga untuk kepentingan biodiversiti

ByArrianne Jo

KUCHING, 11 Sept: Ahli sains yang terdiri daripada pakar serangga antarabangsa menggesa supaya lebih banyak kajian mengenai hidupan itu dilakukan untuk kepentingan biodiversiti.

Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Raja Muhammad Zuha Raja Kamal Bashah, ini kerana masih banyak spesies serangga yang belum diketahui maklumat terperinci mengenainya.

“Kita perlu membuat penyelidikan segera kerana pembangunan pesat yang sedang berlaku selain aktiviti pembalakan yang berleluasa (dikhuatiri akan mengancam serangga).

“Ini kerana serangga merupakan antara contoh terbaik untuk biodiversiti,” katanya.

Dr Raja Muhammad Zuha Raja Kamal Bashah. Foto TVS.

Beliau berkata demikian kepada TVS ketika ditemui pada Simposium Antarabangsa Serangga (ISoI) yang berlangsung sehingga 13 September ini di Kuching.

ISoI dihadiri lebih 150 delegasi dalam dan luar negara termasuk dari Indonesia, Pakistan, Sudan, Jepun dan Amerika Syarikat bagi berkongsi pengetahuan dan bertukar idea penyelidikan serta penemuan berkaitan serangga.

Sebanyak 90 pembentangan lisan akan dilakukan sepanjang simposium selain 41 pembentangan poster.

Mengulas lanjut, Raja Muhammad Zuha berkata, kesedaran untuk mempelajari serta mengkaji tingkah laku serangga sangat penting untuk mengawal dan memahaminya dengan lebih baik.

“Ini seterusnya membolehkan kita boleh menyusun strategi untuk merawat pesakit serta cara membasmi penyakit bawaan vektor,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bersama Pusat Penyelidikan Genomic (CGR), Universiti Of Liverpool, Professor Alistair Darby berkata, delegasi universiti berkenaan menghadiri ISoI untuk melihat kerja-kerja berkaitan pemulihan serangga.

Profesor Alistair Darby. Foto: TVS

“(Seterusnya kami berharap dapat) meluaskan pemahaman dalam bidang entomologi dan penyelidikan yang dijalankan di Malaysia pada masa ini,” katanya.

Mengenai penyelidikannya pula, Darby berkata, beliau mengkaji ujian asid deoksiribonukleik (DNA) serangga untuk memahami bagaimana serangga mengekod tingkah laku selain mendalami ciri-ciri yang dimiliki oleh sesuatu serangga.

Tambah beliau, sebelum ini pasukannya telah bekerjasama dengan penyelidik di Malaysia dan berhasrat untuk membawa pulang ilmu penyelidikan biodiversiti di Malaysia ke negaranya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan