Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba giat menjalankan pencarian di sekitar Sungai Anap di Tatau. Foto: BBP Tatau

Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Anap, Tatau

TATAU, 11 Sept: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Anap berhampiran Pasar Baru Tatau, dekat sini pagi tadi.

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dikenali sebagai Hairani Kassim, 36, sedang giat dilakukan oleh pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Pegawai Bomba Tinggi II Jankey Jikat berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada 11.15 pagi.

“Berdasarkan laporan polis, mangsa dilihat terjatuh oleh anak saudaranya.

“Bomba dimaklumkan oleh polis selepas laporan dibuat oleh abang ipar mangsa pada 10.15 pagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jankey memberitahu, SAR melibatkan 13 anggota bomba bermula pada 12.50 tengah hari.

“Pencarian dilakukan menggunakan kaedah pencarian di permukaan yang menggunakan bot aluminium 60 HP dalam radius 100 meter dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

“Kali terakhir mangsa dilihat tidak berbaju dan memakai seluar jean berwarna biru,” jelasnya.

Operasi pencarian turut dibantu seramai tujuh anggota polis dan sehingga 5 petang tadi, mangsa belum dijumpai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan (DSP) Jame Reis ketika dihubungi mengesahkan kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan