Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebuah sungai berdekatan sebuah restoran di Jalan Nilam 1, Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini petang tadi. Foto media sosial.

Kanak – kanak 11 tahun ditemukan lemas di Pasir Gudang

ByBernama

JOHOR BAHRU, 10 Sept: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebuah sungai berdekatan sebuah restoran di Jalan Nilam 1, Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Pegawai Bomba Kanan I KUP Mohd Yusri Atan berkata kejadian pada jam 5.16 petang itu, mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Danil Zahri Borhanuddin.

Beliau berkata seramai sembilan anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan tugas mencari dan menyelamat.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dipercayai pergi ke sungai tersebut bersama sekumpulan rakan, bagi melakukan aktiviti menangkap ikan dan mandi manda.

“Bagaimanapun, mangsa ditemui pada kedalaman tiga meter dan juga tiga meter daripada tebing sungai itu,” katanya pada satu kenyataan, hari ini.

Mohd Yusri berkata petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian, kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 6.40 petang. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan