KUCHING, 11 Sept: Episod kelima rancangan realiti Crocodile Byte di TVS menyerlahkan komitmen dan inovasi para peserta dengan idea keusahawanan terbaharu mereka.
Minggu ini panel juri yang akan menilai peserta termasuklah Pengarah Pemasaran Karuna Sarawak, John Law dan Pengasas iCube Innovations, Dato Patrick Liew Chin Joon.
Dalam episod kali ini, dua peserta yang akan membentangkan idea mereka ialah Pengasas UAS Mapping, Aaron dan Pengasas Beli Beli, Hisham Khairul Nasrul.
Sementara itu, Pengurus Besar Inovasi dan Keusahawanan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Hazwan Razak turut menekankan keaslian interaksi yang dipamerkan pada rancangan itu.
“Walaupun interaksi yang anda saksikan di televisyen telah disunting untuk hiburan penonton namun mereka benar-benar mempunyai semangat keusahawanan.
“Panel pelabur berdedikasi yang digelar crocodiles juga sentiasa memberikan pandangan dan maklum balas yang tidak ternilai kepada peserta serta mendorong mereka untuk lebih maju ke hadapan,” katanya.
Apakah inovasi yang akan dijual oleh dua peserta ini kepada juri?
Jangan lupa tonton episod keempat Crocodile Byte pada 11 September pukul 8.45 malam di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. -TVS