Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato' Sri Huang Tiong Sii menyempurnakan perasmian program Malam Bakat SMK Tinggi Sarikei, pada Sabtu. Foto: TVS

RM550,000 naik taraf prasarana SMK Tinggi Sarikei

SARIKEI, 10 Sept: Kerajaan Sarawak menyalurkan dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM550,000 bagi menaik taraf kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei.

Jumlah itu termasuk peruntukan tambahan RM100,000 yang disalurkan Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Sehubungan itu, Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei berkata, peruntukan sejak 2016 hingga 2023 itu merupakan bukti kesungguhan kerajaan dalam menyediakan prasarana pendidikan yang lebih kondusif.

Pada masa sama katanya, sekolah lain di kawasan Parlimen Sarikei dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok turut mendapat perhatian kerajaan.

Dato’ Sri Huang Tiong Sii bersama guru dan pelajar SMK Tinggi Sarikei. Foto: TVS

“Terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang selama ini amat prihatin terhadap pembangunan pendidikan Sarawak sekali gus melonjakkan lagi mutu pendidikan di Sarikei,” katanya ketika merasmikan Malam Bakat SMK Tinggi Sarikei, pada Sabtu malam.

Pada majlis yang sama, Tiong Sii turut menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM80,000 kepada Lembaga Pengurusan Sekolah SMK Tinggi Sarikei di samping membantu aktiviti tahunan sekolah berkenaan.

Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyampaikan sumbangan kepada wakil SMK Tinggi Sarikei, pada Program Malam Bakat SMK Tinggi Sarikei, pada Sabtu. Foto: TVS

Program itu merupakan salah satu aktiviti penting dalam mempamerkan bakat dan minat pelajar selain mencungkil kreativiti mereka melalui pelbagai kesenian yang dipersembahkan.

Sehubungan itu, Tiong Sii juga menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi semua pihak termasuk guru yang menjayakan penganjurannya.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa bakat tidak hanya bermaksud kemahiran dalam bidang seni atau sukan. Bakat boleh ditemui dalam pelbagai cara, termasuk dalam kemahiran akademik, kepimpinan, atau bahkan dalam sikap yang baik terhadap orang lain.

“Pendek kata, setiap orang di sini pasti mempunyai sesuatu yang istimewa yang boleh dikongsi dengan dunia,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan