Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para pengunjung yang menyerbu Pesta Kebudayaan dan Makanan di Belawai, Tanjung Manis, hari ini. Foto: TVS

Ribuan pengunjung serbu Pesta Kebudayaan dan Makanan Belawai

TANJUNG MANIS, 10 Sept: Pesta Kebudayaan dan Makanan yang berlangsung di Belawai membuka ruang kepada masyarakat umum untuk mengenali warisan masyarakat di kawasan itu sejak zaman berzaman.

Pesta berkenaan tidak terhad pada makanan sahaja, malah merangkumi pelbagai aspek lain termasuk keunikan budaya masyarakat di kawasan berkenaan.

Kehadiran Datuk Len Talif Salleh yang menyerikan Pesta Kebudayaan dan Makanan Belawai. Foto: TVS

Pesta selama tiga hari anjuran Maju Efektif Sdn Bhd itu menyediakan 141 gerai jualan.

Acara kelolaan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kaunselor Ibnee Ekni itu juga sebahagian pendekatan untuk menyediakan peluang ekonomi kepada peniaga kecil.

Selain persembahan artis terkemuka tanah air, pelbagai acara lain turut disediakan kepada pengunjung antaranta pertunjukan layang-layang, pertandingan karaoke dan lain-lain lagi.

Setakat ini, pesta dihadiri lebih 17,000 pengunjung bukan sahaja dari Belawai tetapi juga seluruh Sarawak.

Hadir sama Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab dan Wakil Pengarah Maju Efektif Sdn Bhd, Abdul Rahman Abang Othman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan