Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sumbang Mandaw bersama peserta Program Pembangunan Keusahawanan dan Komuniti di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Program pembangunan keusahawanan penyumbang ekonomi negara

KUCHING, 10 Sept: Program Pembangunan Usahawan Komuniti bukan hanya memberi manfaat kepada usahawan, tetapi turut menyumbang terhadap kepada pembangunan ekonomi negara.

Pengarah Kolej Komuniti Kuching, Sumbang Mandaw berkata pembangunan keusahawan membolehkan masyarakat setempat dapat menikmati peluang ekonomi yang baharu dan membangunkan lagi potensi ekonomi di sekeliling mereka.

“Dalam tempoh jangka panjang, ini akan memberi impak yang positif terhadap ekonomi negara dan memaksimumkan potensi sumber daya tempatan,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Program Kemahiran Pasu Bonsai Simen dan Program Pembangunan Keusahawanan Komuniti di Dewan Samariang Batu, di sini, hari ini.

Menurutnya, program pembangunan keusahawanan juga memberi peluang kepada wanita menjana pendapatan dan menambah pendapatan isi rumah.

Mengenai program itu, beliau berkata 15 peserta yang terdiri daripada ibu tunggal dan warga emas dari kawasan Dewan Undangan Negeri Samariang di bawah kategori B40 menyertai Program Pembangunan Keusahawanan Komuniti berkenaan.

Manakala, lebih 30 peserta daripada kalangan belia, ahli SABERKAS, penduduk kampung dan ahli Kelab Bonsai menyertai dan mempelajari kemahiran pasu bonsai simen.

“Para peserta turut belajar tentang pengetahuan asas secara teori dan amali khususnya dalam bidang katering yang menyajikan pelbagai jenis masakan makanan warisan.

“Program Kemahiran Pasu Bonsai Simen adalah antara kursus yang mendapat permintaan tinggi oleh komuniti setempat kerana minat yang cenderung kepada elemen kecantikan hiasan halaman disamping gaya hidup yang gemar kepada lanskap semulajadi tidak kira di bandar mahupun di luar bandar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan