Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juara kategori perempuan, Kanon Sawashiro dari Jepun serta juara kategori lelaki, Bill Chan dari Singapura menerima trofi Kejohanan Piala Premier Sarawak. Foto: TVS

Pemain Jepun dan Singapura muncul juara Tenis ITF Piala Premier Sarawak

KUCHING, 10 Sept: Peserta Jepun dan Singapura masing – masing muncul juara Kejohanan Tenis ITF Jelajah Remaja Dunia J100 (J3) Piala Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Edisi Ke-39 yang berakhir hari ini.

Dalam kategori lelaki, Bill Chan dari Singapura bangkit daripada kekalahan 0-6 pada set pertama kepada Lieven Mietusch dari Jerman apabila menang dua set berikutnya dengan keputusan 7-5 dan 6-4.

16 negara rebut trofi Kejohanan Tenis ITF Piala Premier Sarawak 2023

Kategori perempuan pula menyaksikan Kanon Sawashiro mudah mengenepikan cabaran Lidia Podgorichani dari Thailand dengan kemenangan 6-3 dan 6-1.

Sementara itu, Imran Daniel Abdul Hazli muncul pemain Malaysia terbaik apabila mara ke pusingan tiga namun tewas 6-3, 1-6 dan 6-7 kepada Jake Dembo dari Australia.

Kejohanan yang berlangsung di gelanggang tenis Persatuan Lawn Tenis Sarawak itu disertai oleh 126 pemain dari 16 negara.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan