LIMBANG, 10 Sept: Pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) RC Kubong Limbang dinaiki air setinggi kira-kira 0.3 meter tengah malam tadi susulan hujan lebat.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata empat anggotanya melakukan pemantauan pada 12.40 tengah malam.
“Pemantauan terhadap kawasan berisiko dinaiki air di daerah ini mendapati SK RC Kubong dinaiki air setinggi satu kaki (0.3 meter) daripada paras jalan raya.
“Kita menasihati penduduk di kawasan terjejas agar sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat,” katanya kepada media hari ini.
Katanya, kawasan yang dipantau masih dalam keadaan selamat dan terkawal dan tiada pusat pemindahan banjir dibuka. – TVS