Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita dilaporkan maut selepas terbabit nahas jalan raya membabitkan treler muatan kayu yang terbalik dan lima kenderaan lain di Kilometer 164.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Jawi di Nibong Tebal awal pagi tadi. Foto: JBPM

21 individu terlibat nahas 6 kenderaan, seorang maut

NIBONG TEBAL, 10 Sept: Seorang terkorban manakala 20 lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan enam kenderaan termasuk dua buah treler di Kilometer 164.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Jawi di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, mangsa yang maut disahkan sebagai seorang perempuan warga tempatan berusia 60-an yang menaiki kereta jenis Toyota Corolla.

Seorang wanita dilaporkan maut selepas terbabit nahas jalan raya membabitkan treler muatan kayu yang terbalik dan lima kenderaan lain di Kilometer 164.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Jawi di Nibong Tebal awal pagi tadi. Foto: JBPM

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, kemalangan itu membabitkan treler yang membawa muatan kayu dipandu lelaki berusia 30-an yang terbalik.

“Terdapat beberapa mangsa tersepit dan anggota kemudian melakukan kerja-kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Seramai 21 mangsa terlibat dengan seorang disahkan meninggal dunia, seorang parah, lima cedera ringan serta 14 termasuk pemandu treler selamat dan cedera ringan.

“Selain dua buah treler, kejadian turut melibatkan kereta jenis Toyota Corolla, Perodua Bezza dan Proton Saga serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ujar beliau, operasi oleh pasukan bomba ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.17 pagi selepas pihaknya mendapati tiada lagi mangsa yang tersepit di bawah longgokan kayu dan di dalam kenderaan.

Sementara itu, PLUS menerusi kenyataan di laman Twitter berkata, setakat pukul 9.40 pagi, lorong menghala ke Utara masih ditutup bagi kerja pembersihan dan pengalihan treler yang terbalik menggunakan sebuah kren. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan