Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Foto fail: TVS

Penggubalan Akta Majlis Media dalam proses penelitian – Fahmi

ByArrianne Jo

KUCHING, 8 Sept: Penggubalan Akta Majlis Media Malaysia dijangka dapat membantu pengamal media menyampaikan berita dengan lebih bertanggungjawab dan bermanfaat untuk masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata akta berkenaan masih dalam proses penelitian sebelum dibentangkan ke Parlimen untuk kelulusan.

Beliau mengambil United Kingdom (UK) sebagai contoh yang mempunyai satu badan mengawal selia pengamal media daripada golongan itu sendiri.

Menurutnya, media mempunyai kawal selia sendiri sepenuhnya di negara terbabit dan beroperasi bebas daripada sebarang peraturan berkanun tertentu.

“Walaupun begitu, pihak kerajaan tidak akan lepas tangan atas isu-isu keselamatan,” katanya berkenaan inisiatif untuk mengekang penyebaran berita tidak bertanggungjawab dengan penubuhan Akta Majlis Media Malaysia.

Beliau berkata demikian menerusi program bual bicara Dialog TVS yang disiarkan malam tadi.

Jelasnya lagi, akta ini sepatutnya membantu pengamal media untuk menyampaikan berita dengan lebih bertanggungjawab kepada masyarakat tanpa rasa terancam.

“Pengamal media berbincang sendiri antara satu sama lain berkenaan isu etika, kewartawanan, kebajikan dan uruskan sendiri,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan