Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebuhraya Pan Borneo, Serian-Sri Aman. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak menanti ketibaan Kembara Kenali Borneo

ByOdleen Catherny

MIRI, 7 Sept: Perjalanan kru TVS dari Kuching ke Miri hari ini bagi membuat liputan sempena Kembara Kenali Borneo, lancar ketika menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang sedikit masa lagi dijangka siap sepenuhnya. 

Lebuhraya Pan Borneo akan dilalui Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayattudin Al Mustafa Billah Syah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjelajah dari utara ke selatan Sarawak.

Lebuhraya Pan Borneo di Sri Aman. Foto: Fiqri Razak (TVS).

Sepanjang perjalanan kru TVS dari Kuching sekitar 11 pagi menuju ke Miri, pengalaman memandu cukup berbeza kali ini tanpa perlu berhadapan dengan masalah jalan raya rosak mahupun sesak dan lebih selesa.

Lebuhraya Pan Borneo di Bukit Begunan. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Perjalanan sepanjang 802 kilometer dari Kuching ke Miri kini hanya mengambil masa sekitar 10 jam berbanding 14 hingga 15 jam sebelum ini.

Kembara Kenali Borneo oleh keluarga diraja itu tiba di Lawas pada malam Khamis selepas berjaya menamatkan jelajah di Sabah bermula di Tawau pada 3 September.

Al-Sultan Abdullah dan rombongannya meneruskan perjalanan dari Bandar Seri Begawan, Brunei ke Miri pada 9 September.

Kembara Kenali Borneo di Sarawak akan melibatkan lapan daerah.

Daerah persinggahan rombongan Al-Sultan Abdullah ialah Lawas, Miri, Bintulu, Tatau, Sibu, Sri Aman, Kuching dan Lundu.

Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan dari 3 hingga 13 Sept bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak melibatkan jarak perjalanan sejauh 2,154 kilometer merentasi Lebuhraya Pan Borneo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan