Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perunding Pengangkutan, MDS Consultancy Group, Dr. Rosli Khan.

Kajian kereta api Trans-Borneo terokai peluang ekonomi, sosial – Pakar

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 8 Sept: Kebolehkesanan sistem rel di Sarawak diyakini akan mentransformasikan sektor pengangkutan sekali gus memperkenalkan pilihan pengangkutan awam masyarakat di Borneo.

Pengarah Urusan MDS Consultancy Group, Dr. Rosli Khan berkata, antara impak utama penerokaan rangkaian kereta api Trans-Borneo adalah kemudahan perhubungan kepada masyarakat setempat.

“Sarawak mempunyai satu kawasan yang luas, dengan rangkaian kereta api yang komprehensif, ini akan menyediakan mod pengangkutan yang lebih cepat dan murah terutamanya bagi penduduk di desa,” katanya ketika dihubungi TVS pada Jumaat.

Beliau juga menambah bahawa sistem pengangkutan yang bersepadu mampu membangunkan zon-zon ekonomi utama dari segi aspek logistik yang efektif, selamat dan murah.

“Sebagai contoh, pengangkutan keretaapi antara Miri dan Bintulu akan membantu pembangunan yang pesat kepada kedua kawasan tersebut dengan kos logistik menjadi lebih murah.

“Kedudukan Sarawak yang mana lautnya menghala ke utara berhadapan jalur perjalanan kapal dagang ke Timor Jauh menjadikan pelabuhan-pelabuhan di pesisir pantai Sarawak lebih dekat untuk pengangkutan perkapalan.

“Dengan bantuan kereta api, seperti ke Pontianak, Banjarmasin dan Balikpapan, wilayah Kalimantan boleh dihubungi dan pengangkutan barang dan kargo juga akan menjadi lebih cepat, murah dan selamat.

Dalam pada itu, perunding pengangkutan itu juga mendedahkan bahawa kajian yang terperinci perlu diteliti dengan lebih mendalam jika sistem baharu ingin diperkenalkan sebagai pengangkutan induk yang utama.

“Sistem komuter ke daerah-daerah lain di Sarawak boleh memainkan peranan yang besar dalam pembangunan di masa depan.

“Walau bagaimanpun, kajian yang terperinci harus dipertimbangkan untuk pembangunan ekonomi dan sosial kepada rakyat desa, terutama bagi mereka yang bekerja di bandar tetapi mahu terus tetap menginap di kawasan desa,” tambah Dr.Rosli.

Pada Rabu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak melalui sokongan Kerajaan Persekutuan akan memulakan kajian kereta api Trans-Borneo, dengan meneroka kemungkinan rangkaian kereta api yang komprehensif di seluruh negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan