Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Foto fail: Bernama.

JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid – Anthony Loke

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperbaiki sistem JPJeBid yang berdepan kekangan kapasiti pada waktu puncak.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan telah dimaklumkan mengenai dakwaan kemungkinan berlaku kekurangan tadbir urus berkaitan pendaftaran nombor plat klasik oleh JPJ.

“Susulan maklumat itu yang terkandung dalam dokumen JPJandora Papers, saya telah mengetengahkan perkara tersebut dalam mesyuarat pasca-Kabinet hari ini dan mengarahkan penubuhan sebuah Pasukan Petugas Khas di Kementerian Pengangkutan yang turut akan dianggotai oleh Unit Integriti kementerian,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Loke, pasukan itu telah diamanah menyiasat dakwaan tersebut dan mengesyorkan penambahbaikan untuk memperkasa ketelusan proses pendaftaran nombor plat klasik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan