Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba sedang memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Jalan Mantis di Sibu. Foto: APM Sibu

Dua lot kedai terbakar di Sibu

SIBU, 8 Sept: Dua buah lot rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Mantis di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomb dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Andy Alie berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.49 pagi.

Menurutnya, empat jentera dengan kekuatan 21 anggota dari BBP Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, kebakaran melibatkan sebuah bangunan kedai tiga tingkat struktur jenis kekal dengan anggaran keluasan 50 kali 30 kaki persegi terbakar di tingkat satu dan telah merebak ke tingkat dua,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, operasi dijalan sejak jam 11 pagi itu melibatkan pemadaman dilakukan secara ‘offensive’ dengan membentang empat aliran hos tujuh pancutan nozel dan turut menegakkan tangga ke bangunan bagi akses pemadaman.

“Pasukan pemadam masih berusaha memadamkan api setakat jam 1 petang dan sehingga berita ditulis kebakaran tiada melibatkan tiada sebarang kecederaan mangsa dan kemalangan jiwa.

Operasi tersebut turut dibantu oleh pasukan Polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sibu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan