Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

‘Bila kita bayar, kita mahu guna internet di seluruh negara’ – Fahmi Fadzil

ByArrianne Jo

KUCHING, 8 Sept: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mahu syarikat telekomunikasi menambah baik mutu perkhidmatan internet di seluruh negara agar pelanggan dapat menikmati kemudahan berkenaan di mana-mana.

Menurutnya, langkah ini perlu diambil dalam memenuhi harapan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik dan berkualiti tanpa mengira lokasi.

“Bila kita bayar, kita mahu guna internet di seluruh negara. Kenapa kita hanya dapat liputan di beberapa tempat,” katanya menerusi program terbitan TVS, Dialog TVS, yang disiarkan malam tadi.

Fahmi berkata, liputan 4G di seluruh Malaysia kini telah mencapai sehingga 96 peratus kawasan.

Beliau mengakui masih ada kawasan, terutamanya di pedalaman, mengalami masalah liputan.

Bagi mengatasi jurang digital ini, kerajaan perlu melengkapkan keterhubungan ini terutamanya di kawasan yang langsung tidak mempunyai liputan.

Dengan menekankan dasar ‘Di mana ada jalan, di situ ada internet’, beliau berkata antara langkah diambil ialah menyegerakan proses penyiapan sebahagian daripada 600 menara telekomunikasi agar tidak ketinggalan dalam teknologi 5G.

“Ada beberapa ikthiar, termasuk memberi lesen kepada Starlink untuk beroperasi di Malaysia akan membantu masalah itu.

“Kalau di Sarawak, Starlink mampu menjadi penyelesaian sementara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan