Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Ismail Abang Saufi (kanan) ketika hadir pada Majlis Makan Malam Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Sarawak ke-35 di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS).

Ahli PEKEMA harus terokai pembangunan kenderaan EV, hidrogen

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 8 Sept: Ahli Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) diingatkan meneroka ilmu berkaitan teknologi pembangunan industri automotif yang kini dikuasakan dengan tenaga hidrogen dan elektrik.

Presiden PEKEMA Cawangan Sarawak, Dato Ismail Abang Saufi mengakui inisiatif itu bertujuan agar persatuan itu terus kekal relevan dalam industri automotif yang semakin mencabar.

“Kita mestilah berdaya saing untuk kita terus mengorak langkah ke hadapan. Kita hendaklah terus mempersiapkan diri untuk terus belajar agar kekal relevan dalam industri yang kita ceburi.

“Pembangunan kenderaan elektrik (EV) dan hidrogen umpamanya perlu kita pelajari dan terokai.

“Di peringkat pusat dan di Sarawak banyak program tentang EV telah kita anjurkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Sarawak ke-35 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Turut hadir, Pemangku Presiden PEKEMA Pusat, Dato Mohamed Nazari Noordin.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan pandemik COVID-19 telah memberikan kesan dan impak yang buruk kepada perusahaan automotif, namun pada masa sama ia turut memberikan kebaikan.

“Saya percaya banyak daripada ahli kita telah dapat mengurangkan perbelanjaan operasi syarikat seperti bil utiliti, perbelanjaan perjalanan, elaun dan sebagainya yang sebelumnya kita mungkin lalai untuk membendungnya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan