Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi (tengah). Foto: TVS

Sarawak akan bekalkan tenaga elektrik ke Singapura – Julaihi

ByFebbright James

KUCHING, 7 Sept: Sarawak bersetuju untuk membekalkan tenaga elektrik ke Singapura dengan kapasiti 1,000 megawatt, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi.

Menurut beliau, bekalan Sarawak Energy Berhad (SEB) itu akan disalurkan menerusi Kabel elektrik dasar laut dari Tondong, Sarawak ke Singapura.

“Sarawak melalui SEB telah membuat perbincangan dari semasa ke semasa. Ianya sedang dilaksanakan dan berharap kita akan merealisasikannya secepat mungkin.

“Kita jual elektrik sebagaimana yang kita lakukan dengan Kalimantan, Sabah dan juga Brunei Darussalam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Forum Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF 3.0) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan rundingan berhubung beberapa perkara untuk mendapatkan kata putus antara kedua belah pihak sedang berlangsung ketika ini.

Terdahulu dalam ucapan perasmian forum berkenaan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan SEB telah menyelesaikan kajian teknikal dengan rakan kongsinya Sembcorp Industries dan Singapore Power Group dan sedang dalam rundingan komersial lanjutan untuk kesalinghubungan dengan Singapura menerusi kabel dasar laut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan