Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Awang Asfia Awang Nasar disambut meriah dengan tarian pelbagai etnik di Lawas. Foto: TVS

Pemangku TYT sambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri di Lawas petang ini

LAWAS, 7 Sept: Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Awang Asfia Awang Nasar tiba Lawas menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dijadualkan tiba di sini sekitar jam 3.30 petang ini.

Turut mengiringi beliau Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.

Asfia terdahulu tiba pada jam 11 pagi turut disambut meriah dengan tarian kebudayaan pelbagai etnik iaitu Iban, Lun Bawang, Melayu Kedayan dan Cina. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan