Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak, Dr Dzul Hadzwan Husaini.

Kerajaan Sarawak diseru suntik dana kajian, R&D pembangunan tenaga hijau

ByAmirah Shawel

KUCHING, 7 Sep: Kerajaan Sarawak disaran untuk menjadi perintis kepada inisiatif suntikan dana bagi kajian dan pembangunan (R&D) ekonomi hijau negeri ini dalam usaha mendokong pembangunan ekosistem tenaga boleh diperbaharui.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEB), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata cadangan itu bertujuan untuk memastikan sektor hijau terus mampan dan efisien agar aktiviti R&D dijalankan secara berterusan.

“Tenaga boleh diperbaharui berkait rapat dengan teknologi yang canggih dan terkini. Bagi memastikan ia nya terus mampan dan produktif, aktiviti R&D perlu diusahakan dan diteruskan.

“Kerajaan juga harus mempelopori suntikan dana R&D dan menggalakkan sektor korporat membuat sumbangan berbentuk tanggungjawab sosial bagi menampung kos R&D ini,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Sementara itu, beliau menyifatkan kepentingan terhadap penglibatan sektor swasta dalam pembangunan teknologi hijau negeri ini.

Oleh itu, beliau juga menyeru agar Kerajaan Sarawak untuk menjalinkan kerjasama dengan pemain-pemain industri berkaitan berikutan usaha sama semua pihak adalah kunci kepada perkembangan dan kemajuan tenaga boleh diperbaharui negeri ini.

“Kerjasama kerajaan dan swasta amat penting kerana manfaat dari tenaga bersih ini akan dinikmati oleh semua pihak tidak kira yang terlibat secara langsung, tidak langsung atau tidak terus. Ini sebenarnya adalah komitmen bersama,” ujarnya.

Sarawak meletakkan komitmen penuh dalam merealisasikan agenda kelestarian dan kesejahteraan bagi memastikan kemakmuran yang berterusan dan mampan sejajar dengan aspirasi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak kini menawarkan peluang dalam industri tenaga baharu kepada mana-mana negara, organisasi atau entiti yang mempunyai agenda dan berfikiran terbuka demi masa depan tenaga mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan