Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto Bernama.

Telegram Yang Dipertua Dewan Negara digodam

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Akaun Telegram milik Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak beberapa hari lepas.

Perkara itu disahkan Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini, yang turut memaklumkan hal tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan ataupun mesej yang mengakui dan menyamar sebagai dirinya, terutama yang melibatkan kewangan atau janji temu.

“Bagi sesiapa yang menerima mesej atau panggilan sebegini, boleh menghubungi pejabat saya di talian 03-26017610 untuk pengesahan lanjut. Saya amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.

“Saya menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan melaporkan tindakan penggodam ini kepada pihak berkuasa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan