Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SMK St. Anthony, Sarikei menjuarai Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Sarawak merakam kenangan bersama Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Foto: TVS

SMK St. Anthony, Sarikei juara Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Sarawak

KUCHING, 6 Sept: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Anthony, Sarikei muncul juara Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2023 Peringkat Sarawak sekali gus mewakili negeri Sarawak di Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Kebangsaan pada Oktober nanti.

SMK St. Anthony, Sarikei yang mempersembahkan sketsa bertajuk ‘Kenapa Perlu Pilih Satu Sedangkan Kita Boleh Pilih Lima’ berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000, piala iringan dan sijil.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh SMK Julau manakala tempat ketiga menjadi milik SMK Jalan Arang dengan masing-masing membawa wang tunai RM1,500 dan RM1,000.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di Auditorium Yayasan Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, Sharifah Hasidah mengakui penghayatan Rukun Negara kurang dihayati oleh segelintir masyarakat terutamanya golongan muda.

Sehubungan itu, beliau menyatakan penghayatan kepada rukun negara harus dijadikan panduan kepada penyatuan kita rakyat Malaysia.

“Dewasa ini tidak dapat dinafikan bahawa lima prinsip Rukun Negara kurang dihayati oleh segelintir rakyat Malaysia terutamanya golongan muda walaupun pendedahan awal telah dilaksanakan di peringkat sekolah.

“Justeru, penghayatan kepada rukun tersebut harus dijadikan panduan kepada penyatuan kita rakyat Malaysia; kita perlu menyisihkan ketidakpercayaan antara satu sama lain dan pemikiran rasis,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Jaafar Jantan menyatakan pertandingan itu mengadaptasi lima prinsip rukun negara sebagai elemen utama di samping meningkatkan semangat patriotik.

“Pertandingan Sketsa Rukun Negara ini berkonsepkan seni lakonan dan penceritaan yang mengadaptasi lima prinsip Rukun Negara sebagai elemen utama dalam persembahan.

“Ini adalah bermatlamat untuk meningkatkan semangat patriotik, perpaduan, bersatu padu dan kerjasama berpasukan di kalangan pelajar berbilang kaum selain membentuk minda masyarakat agar cinta akan negara,” katanya.

Untuk rekod, Pertandingan Sketsa Rukun Negara anjuran Jabatan Penerangan Sarawak merupakan salah satu pengisian bagi menyemarakan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan