Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni. Foto: Zaim Zharfan.

Sarawak sedang mengkaji penggunaan palet kayu sebagai pengeluaran tenaga biojisim

ByFebbright James

KUCHING, 6 Sept: Sarawak sedang mengkaji penggunaan palet kayu sebagai pengeluaran tenaga biojisim, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni.

Katanya, pendekatan ini sama seperti yang digunakan di United Kingdom, dengan stesen pelet kayu terbesar di sana menghasilkan 2,500 megawatt tenaga.

“Kita baharu sahaja belajar dan balik dari lawatan ke tiga negara iaitu Norway, Sweden dan London. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan rombongan kami meneroka satu tenaga yang dihasilkan dari palet kayu.

“Oleh itu, Sarawak boleh menjadi pembekal kepada palet kayu ini melalui kelapa sawit dan kayu-kayan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui Edisi Ketiga (SAREF 3.0) anjuran Sarawak Energy Berhad di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini.

Sebelum ini Premier Sarawak dalam ucapannya memaklumkan Sarawak mempunyai banyak hutan yang terdegradasi, kita mempunyai program iaitu menanam semula hutan dengan pokok yang cepat tumbuh yang menjadikan Sarawak berpotensi menghasilkan lebih 20,000 megawatt tenaga boleh diperbaharui.

Dalam perkembangan lain, Hazland turut memaklumkan komuniti di Sarawak juga boleh memainkan peranan dalam membantu kerajaan menghadapi isu perubahan klimet dan kelestarian alam dengan cara asas iaitu mengitar semula bahan buangan domestik.

“Perkara asas yang boleh dilaksanakan oleh komuniti ialah mengitar semula sisa buangan di rumah dengan cara yang lebih sistematik. Kerajaan Saarwak akan menubuhkan satu lagi pusat kitaran semula yang lebih besar untuk tujuan ‘Waste to Energy’ di Samarahan,” katanya.

Menurut beliau, bahan buangan seperti tayar terpakai boleh dikitar semula menjadi tikar kanak-kanak dan juga dijadikan bahan pembuatan jalan raya.

Hazland turut memaklumkan kerajaan sedang meneliti berkaitan penggunaan ‘vending machine’ mengitar semula botol-botol terpakai seperti di beberapa negara di Eropah yang mana komuniti boleh mendapat duit apabila mengitar semula botol-botol. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan