KUCHING, 6 Sept: Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Antarabangsa Sarawak 2023 menjadi platform untuk mempersiapkan altet menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 pada tahun 2024 sekali gus merebut Piala SABATI 2023.
Kejohanan anjuran Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) dengan kerjasama Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) itu menyaksikan sebanyak 36 pasukan berentap termasuk pasukan dari luar negara seperti Taiwan, Thailand, Poland Australia dan Singapura.
Presiden ABAS, Sunny Si Poh Heng berkata, pertandingan itu merupakan antara inisiatif dalam melahirkan lebih ramai atlit boling bagi meneruskan kecemerlangan Sarawak dalam sukan tersebut.
“Semua peserta di sini adalah bertanding untuk merebut Piala SABATI 2023 bagi Pertandingan Kejohanan Boling Tenpin Terbuka Antarabangsa Sarawak 2023,” katanya ketika ditemui media pada Piala Kejuaraan SABATI 2023 di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa, Kuching, pada Selasa.
Tempat pertama kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan Ez Frens, tempat kedua pula milik pasukan Rilek Ajak dan tempat ketiga adalah pasukan Chinese Taipie 2.
Pemenang masing-masing membawa pulang medal dan wang tunai berjumlah RM2,000 (tempat pertama) RM1,000 (tempat kedua dan RM300 bagi tempat ketiga.
Sementara majlis turut menyaksikan Presiden SABATI yang juga isteri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan cek sumbangan kepada Sarawak Children’s Cancer Society bernilai RM8,000.
Turut hadir  Timbalan Presiden SABATI, Datin Amar Doreen Mayang, Setiausaha Kehormat Sabati Datin Sri Enn Ong dan Timbalan Presiden ABAS, Shaifulbahri Shukri.- TVS