Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian pembeli Perumahan Teres 1 Tingkat B23/Fasa 5 Borneo Samariang Garden (JBPF5). Foto: JBPF5

Pembeli JBPF5 desak pemaju penuhi syarat piawaian DBKU

ByDayu Adruce

KUCHING, 6 Sept: Jawatankuasa Bertindak Pembeli Perumahan Teres 1 Tingkat B23/Fasa 5 Borneo Samariang Garden (JBPF5) menggesa pemaju perumahan untuk segera memenuhi syarat piawaian Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Pengerusi JBPF5, Mohd Zulfika Abdolkader berkata piawaian yang ditetapkan harus memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pemberian Permit Menduduki (OP) pihak DBKU.

Menurutnya pihak pemaju juga dipohon agar tidak mengambil mudah serta memenuhi kesemua syarat-syarat piawaian itu kerana ia nya merupakan tanggungjawab pemaju sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian jual beli (SPA).

Jelasnya projek perumahan tersebut telah menerima Certificate of Practical Completion (CPC) sejak Jun 2023 yang lalu.

Bagaimanapun, katanya permohonan OP masih belum dapat dibuat akibat kegagalan SBLSB untuk memenuhi syarat-syarat piawaian DBKU.

“JBPF5 amat bimbang akan keupayaan pemaju untuk memenuhi janji yang telah dibuat untuk menyerahkan kesemua 154 unit rumah kepada kesemua pembeli terlibat pada bulan September 2023, sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) pada sidang DUN Sarawak, 1 Disember 2022,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rata-rata pembeli ujarnya merupakan golongan yang berumur 26 sehingga 45 tahun, dan merupakan pembeli rumah pertama yang terpaksa membayar ansuran bulanan beserta kadar sewa rumah yang tinggi terutamanya di kawasan di sekitar Kuching dan Samarahan yang kini hampir mencecah RM2,500 sebulan.

“Perlu diketahui bahawa sebahagian besar daripada pembeli adalah penjawat awam dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) yang datang daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40),” uajrnya.

Justeru itu, JBPF5 berharap Kerajaan Sarawak dapat menggesa pemaju untuk segera mematuhi kesemua syarat-syarat piawaian yang telah ditetapkan oleh DBKU. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan