Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Forum Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui Edisi Ketiga (SAREF 3.0) anjuran Sarawak Energy Berhad di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto:TVS

Ladang solar terapung pertama Sarawak siap tahun 2024

ByRegina Lee

KUCHING, 6 Sept: Ladang solar terapung pertama Sarawak yang sedang dibangunkan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) di Loji Hidroelektrik Batang Ai dijangka beroperasi pada tahun depan akan menjadi hybrid utama pertama Sarawak antara hidro dan solar.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ia dijangkakan akan mengimbangi anggaran 52,000 tan pelepasan karbon setiap tahun yang menyumbang kepada penyahkarbonan grid negeri.

“Berdasarkan kapasiti penjanaan dan rangkaian kami sehingga tahun 2031, kami mempunyai potensi untuk memasang kapasiti solar sebanyak 1,500 megawatt (MW),” katanya semasa berucap merasmikan Forum Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui Edisi Ketiga (SAREF 3.0) anjuran Sarawak Energy Berhad di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Tambahnya, SEB juga telah memulakan projek 60MW Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) yang akan terletak di Loji Janakuasa Batu Arang Sejingkat.

Ujarnya, ia akan membantu menangani isu-isu berkaitan dengan tenaga boleh diperbaharui yang berubah-ubah seperti solar dan menjadikannya lebih berdaya maju.

“BESS akan menyediakan perkhidmatan grid penting seperti bekalan putaran dan beban puncak untuk meminimumkan pelepasan karbon yang berkaitan dengan penjanaan tenaga tradisional,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau turut berkata, Sarawak turut menjalankan penyelidikan mengenai penghijauan sektor pengangkutan melalui bahan api karbon rendah di Loji Pengeluaran Hidrogen dan Stesen Pengisian Hidrogen yang dimiliki dan dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), di samping penggunaan dua kereta Toyota Mirae yang menggunakan sel bahan api hidrogen. – TVS

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan