Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan meninjau persiapan akhir Lawas hari ini sebelum menyambut ketibaan rombongan diraja Kembara Kenali Borneo esok. Foto: Adeng Idrus

Konvoi Kembara Kenali Borneo berpeluang menikmati keindahan Sungai Lawas dan bermesra bersama rakyat – Awang Tengah

LAWAS, 6 Sept: Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mula menjejaki Bumi Kenyalang melalui daerah Lawas pada petang esok.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sambutan rasmi akan diadakan di Tebingan Sungai Lawas dengan tarian aluan daripada masyarakat berbagai etnik di Lawas iaitu Melayu, Kedayan, Lun Bawang, Tagal, Cina dan Iban.

“Terdahulu baginda dijangka akan menunaikan solat Zohor di Masjid Sahabat Merapok sebelum meneruskan perjalanan ke Lawas,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat akhir persiapan menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah ke Lawas hari ini.

Katanya, rombongan diraja itu juga akan berpeluang melihat keindahan Tebingan Sungai Lawas untuk bertemu rakyat di Lawas.

Awang Tengah turut berharap agar rakyat Lawas tidak melepaskan peluang bersua muka dengan Ketua Negara itu.

Beliau turut berpesan agar rakyat tetap menjaga adab dan budaya menyantuni pemimpin utama negara itu.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Pegawai Pentadbiran Istana Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan