Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Sarawak Energy, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi ketika berucap pada Forum Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF 3.0). Foto: Zaim Zharfan

Kekayaan sumber asli tunjang Sarawak Energy bangunkan tenaga boleh diperbaharui

KUCHING, 6 Sept: Kekayaan sumber asli di negeri ini menjadi tunjang kepada usaha Sarawak Energy dalam membangunkan tenaga boleh diperbaharui.

Pengerusinya, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi berkata, Sarawak telah memanfaatkan potensi kuasa hidronya untuk memacu pembangunan sosio ekonomi, sekali gus membolehkan Sarawak Energy melancarkan Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC) pertama Sarawak pada 2019.

“Sarawak juga ke hadapan dalam meneroka sumber boleh diperbaharui alternatif seperti solar dan hidrogen hijau selain menyahkarbonkan sistem kuasa sebanyak 73 peratus antara 2010 dan 2021.

“Sejajar dengan komitmen untuk penyahkarbonan ini, kami juga telah meneroka penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) dan baru-baru ini melancarkan kemudahan Chitose Carbon Capture Central Sarawak – projek penangkapan karbon pertama di negeri ini melalui mikroalga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada edisi ketiga Forum Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui, (SAREF 3.0) dikuasakan oleh Sarawak Energy yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini hari ini, yang dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Tambahnya, kemudahan baharu ini juga akan menghasilkan biojisim, yang boleh digunakan untuk penghasilan produk komersial.

“Selain itu, bagi menangani gangguan yang dikaitkan dengan beberapa pemboleh ubah boleh diperbaharui seperti solar, kami juga memulakan perintis Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS),” ujarnya.

Katanya, Sarawak Energy melaksanakan inisiatif kesalinghubungan dan berkongsi sumber tenaga boleh diperbaharui demi peningkatan kualiti kehidupan di rantau ini.

“Kami telah membina kesalinghubungan dengan Kalimantan, Indonesia dan sekarang ini sedang dalam usaha menjalinkan hubungan dengan Brunei dan Singapore untuk merealisasikan ASEAN Power Grid. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan