Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan SAREF 3.0 di Kuching, hari ini. Foto: TVS.

Hanya satu peratus keluasan Sarawak diguna bagi membangunkan empangan hidroelektrik

ByFebbright James

KUCHING, 6 Sept: Pembinaan empangan hidroelektrik yang sedia ada cuma membabitkan satu peratus daripada keluasan tanah di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jika sembilan lagi empangan hidroelektrik dibangunkan, dijangka ia membabitkan dua peratus keluasan.

Menurutnya, pembangunan tenaga hidroelektrik bukan untuk menjana sumber elektrik semata-mata, tetapi berupaya menyediakan pilihan tenaga boleh diperbaharui yang mampan.

“Tenaga hidro membolehkan kita mengurangkan pelepasan karbon 73 peratus dalam tempoh 2010 sehingga 2021 dan menunjukkan komitmen Sarawak terhadap kelestarian alam sekitar,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Forum Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui Edisi Ketiga (SAREF 3.0) anjuran Sarawak Energy Berhad di sini, hari ini.

Jelasnya, kos penghasilan tenaga dari sumber hidro lebih rendah, justeru Sarawak menawarkan tarif paling rendah di Asia Tenggara yang memberikan kelebihan dari segi daya saing.

“Pendekatan seimbang yang dilaksanakan oleh Sarawak membolehkan negeri ini menangani trilema tenaga iaitu kemampanan, keselematan dan kemampuan,“ ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mengulas mengenai sektor elektrik di negeri ini yang diterajui Sarawak Energy dengan beberapa sasaran harus dicapai untuk dekad seterusnya.

“Pertama, mengekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus campuran kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2023 termasuk solar dan sumber tenaga alternatif yang lain.

“Seterusnya, kita mensasarkan pengurangan pelepasan CO2 (karbon) sebanyak 600,000 tan setahun. Selain itu, Sarawak mahu mencapai lebih 15 peratus pendapatan daripada pasaran asing termasuk eksport tenaga,” ujarnya.

Tambahnya, di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), Empangan Murum dan Bakun dibangunkan termasuk di Batang Ai, dengan jumlah hampir 3,500MW tenaga boleh diperbaharui.

Projek hidroelektrik keempat 1,285MW di Baleh sedang dalam pembinaan dan dijadualkan siap menjelang akhir dekad ini.

Empangan-empangan ini adalah bahagian penting dalam usaha Sarawak untuk membina sistem tenaga moden dan grid tenaga untuk Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan