Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: DBP (FB)

DBP Sarawak, Wacana Ilmu Festival 60 Tahun Sarawak Maju Makmur tampilkan editor penerbitan pada 15 Sept ini

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 6 Sept: Barisan editor dalam industri penerbitan bakal ditampilan menerusi Wacana Ilmu:Penerbitan dalam Era Malaysia Madani bersempena dengan Festival 60 Tahun Sarawak Maju Makmur pada 15 September ini di Balai Budaya DBP, Cawangan Sarawak.

Antara mereka adalah SM Zakir dari penerbitan Nusa Centre, Fadhli Al-Akiti (editor Dewan Sastera), Dr. Fahd Radzy (penerbitan Katapilar) dan Radin Azhar (editor Suara Sarawak).

Program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak itu akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Jumaat depan.

Festival 60 Tahun Sarawak Maju Makmur diadakan pada 9 hingga 15 Sept turut menyajikan pelbagai inti pati menarik seperti Kolokium Sastera, Pertemuan Karyawan Sarawak ke-12, Bicara Buku dan Ucaptama dan Kertas Bahas Seminar 60 Tahun Sarawak Maju Makmur serta pelbagai lagi program menarik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan