Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: TVS

Crocodile Byte: Tampilkan inovasi dunia keusahawan bermula 11 Sept ini

ByConnie Grace

KUCHING, 6 Sept: Program realiti TVS terbitan TVS ‘Crocodile Byte’ akan mempamerkan episod sambungan terbaharunya mengenai inovasi dunia keusahawan bermula 11 Sept ini.

Menurut kenyataan TVS hari ini, keseinambungan episod itu dijayakan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SDEC) dan Sarawak Digital ini menyaksikan inovasi dan pelaburan dalam satu persembahan yang akan memukau para penonton.

Episod terbaharu ini akan menampilkan Pengarah Pemasaran Karuna, John Law dan Pengasas Inovasi iCube Dato Patrick Liew Chin Joon.

“Antara peserta yang terlibat ialah Pengasas UAS Mapping Encik Aaron dan Pengasas Beli Beli, Mohd Hisham Khairul Nasrul untuk memikat hati para panel juri,” katanya.

Crocodile Byte merupakan rancangan TV realiti terbaharu TVS yang menghimpunkan bakal usahawan dan pelabur berpengalaman.

Saksikan rancangan ini di TVS saluran 122 MYTV dan Astro pada setiap Isnin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan