Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APM mengadakan pemantauan kawasan berisiko dinaiki air. Foto: APM Limbang

Beberapa kawasan di Limbang dinaiki air akibat hujan lebat dan angin kuat

LIMBANG, 6 Sept: Beberapa kawasan di bandar ini termasuk kawasan perumahan dinaiki air susulan hujan lebat yang berlaku petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, empat kawasan kerap banjir ialah Kampung Bunga Raya, Taman Damai A, Lapangan Rekreasi Limbang dan Jalan Batu Tiga turut dipantau.

“Pemantauan dilakukan bermula jam 4.33 petang hingga jam 6 petang hari ini di kawasan kerap banjir.

“Beberapa kawasan dan jalan utama turut dinaiki air, susulan hujan lebat dan angin kuat. Bagaimanapun keadaan masih terkawal dan dapat dilalui kenderaan,” katanya kepada media hari ini.

Mirwan turut menasihati penduduk agar sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat

Terdahulu seramai empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang diketuai Lan Koperal (PA) Amirul Matusin menggunakan sebuah ambulans menyertai pemantauan kawasan berisiko dinaiki air.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan