Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin (tiga kiri) ketika menerima buku Sarawak Road Safety Strategic Plan 2021-2025. Foto: TVS

Program T-ABC tekankan aspek keselamatan jalan raya – Lee

KUCHING, 5 Sept: Program Transport-Awareness Behavioral Change (T-ABC) merupakan komitemen Kementerian Pengangkutan Sarawak menanamkan kesedaran menyeluruh tentang aspek keselamatan jalan raya kepada rakyat negeri ini.

Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, inti pati program ini bertujuan untuk memacu kesedaran keselamatan jalan raya dan perubahan tingkah laku pengguna jalan raya secara menyeluruh.

“Program T-ABC adalah bertujuan untuk memacu kesedaran keselamatan jalan raya dan perubahan tingkah laku pengguna jalan raya secara menyeluruh dan pada masa yang sama menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

“Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), penunggang motosikal dan belia merupakan bahagian tertinggi kematian dalam kemalangan jalan raya di Malaysia.

“Keadaan ini memerlukan langkah segera untuk program khusus untuk meningkatkan kesedaran dan menyediakan program pendidikan jalan raya, terutamanya menyasarkan golongan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Rasmi Program Transport – Awareness Behavioural Change (T-ABC) sekali gus menyempurnakan pelancaran Sarawak Road Safety Strategic Plan 2021-2025 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan tingkah laku pengguna jalan raya yang tidak diingini antara faktor menyumbang kepada keadaan yang tidak selamat di jalan raya dan kesesakan jalan raya.

“Kami mendapat tahu daripada pakar pengangkutan bahawa tingkah laku pengguna pengangkutan yang tidak diingini adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada keadaan tidak selamat di jalan raya dan menyumbang kepada kesesakan jalan raya.

“Berdasarkan kajian itu, 70 peratus dan 65 peratus puncanya datang daripada manusia bukan sebab jalan raya. Jadi punca itu kita mesti beri perhatian. Kita perlu menukar tingkah laku pengguna jalan raya,” tegasnya.

Jelas beliau kementeriannya sedia melaksanakan apa-apa inisiatif dan program ke arah menambah baik aliran trafik dan sistem pengangkutan awam di bahagian Kuching.

Sementara itu, program tersebut diserikan dengan ceramah dari pihak Kementerian Pengangkutan Sarawak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Pejabat Polis Daerah Kuching dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Program itu menyaksikan seramai lebih kurang 500 peserta yang terdiri daripada penjawat awam, ibu bapa, pelajar sekolah dan juga Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari sekitar bahagian Kuching.

Turut hadir Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Selamat Jati Yanjah, Timbalan Residen Kuching, Dr Cheong Yaw Liang dan Ketua Pegawai Digital UNIMAS, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan