Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap di Palm And Lauric Oils Price Outlook Conference And Exhibition. Foto: Arrianne (TVS).

Premier Sarawak galak pemilik tanah NCR sertai industri minyak sawit

ByArrianne Jo

KUCHING, 5 September: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggalakkan pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) agar menyertai industri minyak sawit di negeri ini.

“Pada masa ini, seperti yang anda sedia maklum, kami telah merancang penggunaan tanah di Sarawak dan saya fikir, kita telah maksimumkan kawasan tanah hanya untuk industri minyak sawit.

“Kami membenarkan pekebun kecil khususnya pemilik tanah NCR untuk menyertai industri minyak sawit ini,” katanya pada sidang media pada Palm And Lauric Oils Price Outlook Conference And Exhibition 2023 di sini, pada Selasa.

Menurut beliau Sarawak memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengeluaran minyak sawit mentah melalui ekonomi negara.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan mengenai hala tuju Sarawak ke arah ekonomi hijau dan menegaskan industri berkenaan perlu melaraskan keperluan memulihara persekitaran, dalam masa sama mengendalikan penanaman kelapa sawit menggunakan teknologi.

Tambah beliau, hampir 100 peratus kawasan penanaman kelapa sawit di Malaysia telah diperakui di bawah piawaian ketat Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO), mencerminkan komitmen terhadap amalan yang bertanggungjawab dan mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan