Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato’ Sri Dr Richard Riot Jaem (duduk, tengah) merakam gambar kenangan bersama 10 finalis Ratu Bilanting 2023. Foto: TVS

Perahu berhias penduduk kampung iringi rakit pertama Cabaran Berakit Serian 2023

SERIAN, 5 September: Perarakan 10 buah perahu berhias yang terpilih bakal mengiringi rakit pertama yang tiba di garisan penamat dalam Cabaran Berakit Serian 2023 sempena Festival Cabaran Berakit Serian 2023 edisi ke-11 pada Sabtu ini.

Ahli Parlimen Serian Dato’ Sri Dr Richard Riot Jaem optimis kehadiran perahu milik penduduk Kampung Tebakang Melayu itu mempamerkan ciri keunikan acara tersebut yang dianjurkan Majlis Daerah Serian tahun ini.

Menurutnya kehadiran perahu berhias itu merupakan keseinambungan daripada pertandingan perahu berhias sempena Hari Kemerdekaan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tebakang Melayu baru-baru ini.

“Kita selalunya mendengar kereta berhias tetapi kali ini perahu berhias. Dan perahu berhias ini terdiri dari 10 perahu berhias milik penduduk Kampung Tebakang Melayu yang telah terpilih sebagai 10 perahu berhias terbaik.

“Setibanya rakit pertama di Jambatan Kampung Tebakang Melayu, mereka akan diringi (oleh perahu berhias) hingga ke garisan penamat,” katanya.

Richard berkata demikian pada sidang media Festival Cabaran Berakit Serian 2023 edisi ke 11 yang berlangsung pagi tadi di Kamar Majlis, Majlis Daerah Serian di sini, pada Selasa.

Hadir sama Setiausaha Majlis Daerah Serian Tay Guan Huat. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sukan, Komuniti dan Maksud Am Kaunselor Lawrence Lubon Kundi, Timbalan Setiausaha Pengurusan dan Korporat Majlis Daerah Serian Mahathir Za’afar.

Dalam perkembangan sama, beliau mendedahkan penyertaan Cabaran Berakit Serian 2023 kali ini menyaksikan sebanyak 187 pasukan termasuk penyertaan dari negara jiran, Indonesia selain penyertaan dalam negeri berbanding tahun lalu hanya 140 penyertaan.

Cabaran tahun ini akan mengenegahkan laluan sejauh 25 kilometer bermula dari Kampung Tema Mawang dan berakhir di Kampung Tebakang Bidayuh menyusuri Sungai Batang Sadong dan Batang Kayan.

Terdapat 5 kategori yang dipertandingan iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Perempuan, Terbuka Belia, Kumpulan Campuran (Lelaki dan Perempuan dari Kerajaan dan Agensi) dan Kumpulan Campuran (Lelaki dan Perempuan dari Agensi Pelancongan).

Johan setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 1,500 dan tropi, pemenang kedua RM 1,200 dan tropi manakala pemenang ketiga RM 900 dan tropi.

Selain cabaran berakit, turut diadakan pertandingan Ratu Bilanting iaitu 10 finalis bakal merebut gelaran Ratu Bilanting pada Jumaat ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan