Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr John Chan (kiri) bersama Prof Dato Dr Elizabeth Lee (dua kanan) menyaksikan simbolik pelancaran Program Latihan dan Pecutan ESG yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazlan Abang Hipni di Kuching pada Selasa. Foto: TVS

Latihan ESG komitmen pemain industri sokong agenda kelestarian Sarawak

KUCHING, 5 Sept: Program Latihan dan Pecutan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) diadakan sebagai komitmen pemain industri bekerjasama untuk menangani isu perubahan iklim ketika ini yang menyaksikan peralihan daripada pemanasan global kepada pendidihan global.

Dihadiri lebih 150 peserta daripada sektor awam dan swasta program berkenaan dianjurkan secara kerjasama  Chemsain HD Sdn Bhd dan Sunway University (Sunway).

Pengarah Kumpulan Syarikat Chemsain, Dr John Chan mengakui Sarawak memiliki peluang unik untuk memainkan peranan penting dalam pengurangan perubahan iklim dan bekalan tenaga boleh diperbaharui.

Justeru itu, katanya mereka komited menyokong insiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dalam menangani isu perubahan iklim menerusi agenda kelestarian alam sekitar.

“Pelancaran ini bukan sahaja sebagai permulaan program latihan tetapi apa yang kami harapkan untuk menjadi permulaan dalam mentransformasikan perjalanan ke arah masa depan yang lebih mampan.

“Selari dengan tonggak PCDS Sarawak 2030, ialah kelestarian alam sekitar yang bertujuan untuk mencapai masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Latihan Pecutan Kelestarian (ESG), anjuran bersama Chemsain HRD Sdn Bhd dan Universiti Sunway di sini pada Selasa.

Menerusi perkara utama yang digariskan dalam agenda kelestarian alam sekitar Sarawak, menurutnya kepentingan program latihan ini bertujuan untuk melengkapkan agensi kerajaan dan swasta dengan persediaan awal.

“Ia adalah kunci utama Kerajaan Sarawak memperkukuhkan kepentingan program latihan sebagai persediaan bagi melengkapkan agensi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

“Dengan pengetahun serta peralatan bagi mereka yang berada di barisan hadapan dalam menghadapi gelombang transformatif global ini,” katanya.

Program latihan ini melihat kerjasama antara dua organisasi terkemuka Malaysia itu bekerjasama untuk mempercepatkan penggunaan amalan lestari di Malaysia.

Chemsain ialah sebuah syarikat yang berpengalaman dan bereputasi tinggi dengan perniagaan dalam bidang alam sekitar, kejuruteraan, pemantauan, perkhidmatan makmal, kemampanan, latihan, dan intrastruktur air, mempunyai pengalaman kerja di seluruh rantau Asia Tenggara.

Sebaliknya, Universiti Sunway berada di barisan hadapan dalam penyelidikan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang diketuai saintis dalam bidang kepakaran sains alam sekitar dan kelestarian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan