Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian bersama ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman meninjau kerja membina laluan sementara di kawasan rumah pangsa di Taman Dahlia Matang. Foto:TVS

Laluan jalan sementara dibina untuk penduduk di Flat Taman Dahlia – Dr Sim

KUCHING, 5 Sept: Penghuni di 817 unit rumah pangsa di Taman Dahlia Matang di sini bakal menikmati sebuah laluan jalan sementara bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan, kata Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Beliau akan meminta pihak kontraktor untuk melaksanakan pembangunan di kawasan terbabit bagi membuka laluan berkenaan untuk kegunaan sementara.

Menurut beliau permohonan itu juga turut disampaikan kepada Pihak Berkuasa Perancangan Negeri (SPA) bagi mendapatkan peruntukan untuk membina laluan tetap di kawasan berkenaan atau mereka mempunyai penyelesai yang lain.

“Kita akan bina jalan sementara terlebih dahulu dan apabila mendapat kelulusan daripada SPA kita akan bina laluan yang kekal kerana kita tidak pasti sama ada SPA benarkan atau tidak untuk kita bina laluan kekal tersebut.

“Jadi (bina laluan sementara) kita tidak mahu bazirkan terlampau banyak peruntukan untuk perkara itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau laluan sementara terbabit di Taman Dahlia Matang di sini hari ini.

Beliau mengakui disebabkan jalan raya tersebut agak sempit, satu laluan memotong juga akan dibina sepanjang jalan tersebut sebagai penyelesaian sementara.

Ia menurut Dr Sim bagi membolehkan pembesaran jalan dilakukan oleh pihak pemaju yang bakal memajukan kawasan tersebut apabila diarahkan untuk berbuat demikian oleh Pihak Housing Development Coorporationn (HDC) serta SPA.

Tambah Dr Sim, usaha juga dilaksanakan untuk memperluaskan lagi tempat letak kereta yang terdapat di belakang surau di taman tersebut.

“Inisiatif itu membolehkan penduduk di kawasan rumah pangsa tersebut mempunyai ruang letak kereta yang mencukupi untuk meletakkan kenderaan mereka sekali gus menghindar daripada penduduk di kawasan itu untuk meletakkan kenderaan di bahu jalan,” tegasnya.

Beliau mendedahkan ruang letak kenderaan di taman berkenaan hanya mampu menampung sebanyak 400 kenderaan namun begitu kawasan tersebut mempunyai 817 unit rumah pangsa.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan