Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Urusan UEM Edgenta Syahrunizam Samsudin, menerangkan kepada media berkenaan Zero-Capex Program pada sidang media hari ini. Foto: TVS

Labur RM100 juta di Sarawak, ‘Zero-Capex’ transformasi aset kerajaan kepada bangunan hijau

Kuching, 5 Sept: Pelaburan berjumlah RM100 juta akan disalurkan oleh syarikat UEM Edgenta Berhad untuk mentransformasikan bangunan kerajaan di Sarawak kepada konsep bangunan hijau.

Pengarahnya, Syahrunizam Samsudin berkata inisiatif itu akan memacu perubahan positif dan memupuk kelestarian bangunan melalui Sustainable Zero-Capex Program iaitu menukar aset kerajaan sedia ada kepada bangunan pintar.

Inisiatif tersebut katanya menyasarkan pemilik bangunan dan aset, termasuk kedua-dua syarikat kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Sarawak dalam memenuhi visi pelepasan sifar bersih melalui kemajuan dalam amalan bangunan hijau, kecekapan tenaga dan pengurusan aset yang mampan.

“Hasrat ini telah disampaikan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekitar setahun lalu.

“Kami telah bejumpa dengan Premier Sarawak dan telah memberi pandangan untuk kami memberi kertas cadangan yang lebih komprehensif untuk efisien tenaga dan transisi tenaga.

“Jadi pada hari ini, kita akan fokus kepada kita punya perancangan untuk melabur sebanyak RM100,000 juta untuk membangunkan transisi tenaga untuk bangunan-bangunan terpilih kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan untuk menukar bangunan terpilih kepada bangunan pintar dan hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di OPUS Consultant, Jalan Rubber Kuching, pada Selasa.

Selain itu, menurutnya Penggunaan Platform Asseto akan mengumpul semua teknologi hijau terkini melalui kecekapan tenaga, penyelesaian bandar pintar dan IOT untuk digunakan dalam pembangunan negeri ini.

“Untuk membangunkan transisi bangunan GBI kita perlukan teknologi yang terkini terkini seperti IoT.

“ UEM yang ada teknologi tersendiri di bawah syarikat kami yang dipanggil oleh EDGENTA Next product yang dipanggil Asseto.

“Kita akan gunakan Asseto secara platform untuk pengurusan bangunan pintar.

“Perkhidmatan perisian yang dikendalikan oleh pihak kami telah digunakan sebagai mentransformasi pengetahuan untuk kita bina dan rancang di Sarawak.

“Selain itu kita juga akan menyediakan data yang cukup telus melalui pusat perhubungan sedia ada di Kuala Lumpur.

“Setakat ini pusat perhubungan telah mengendalikan 400 buah bangunan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan